PERTAMA: TAHNIAH KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA
KEDUA: Jamuan hebat. Tidak dapat hendak digambarkan perasaan aku apabila hari ini adalah hari terakhir aku sebagai staff Berita Harian selepas bersama akhbar unggul di Malaysia selama 30 tahun.
Hujan lebat di luar pejabat Berita Harian di Jalan Riong, Bangsar tidak terasa bagi 20 staff BH yang menamatkan perkhidmatan secara sukarela. Resah, esakan tangis sudah didengari sejak beberapa hari lalu dimulai dengan mesyuarat mingguan eksekutif pada Selasa lalu.
Hari ini, sekali lagi lebih 100 staff BH yang hadir bersama CEO NSTP, Datuk Azlan Abdullah dan Pengarang Urusan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid, sebak mendengar permulaan ucapan Timbalan Pengarang BH, Badrulhisham Othman, yang bernada sedih.
Air mata aku juga bergenang di kelopak. Ku tahan daripada menitik di atas lantai Berita Harian.
Giliran aku memberi ucapan, aku hanya mengucapkan jutaan terima kasih, memohon maaf dan memberi kata semangat kepada rakan-rakan yang akan ditinggalkan.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, wartawan BH meninggalkan byline.
Apakah pisang akan berbuah,
Yang diasah perah rapuh,
Yang dibilang tidak berjampi,
Apakah enau akan berubah?,
Yang patah takan tumbuh?,
Yang hilang tidak berganti?.
Gambar kurang baik, aku menerima plak kenanagan daripada Datuk Azlan sambil diperhatikan Satuk Abdul Jalil dan Badrulhisham.
Bersama Puan Norhayati Md Said (Pengarang Eksekutif Berita - yang juga akan meninggalkan BH), Norfatimah (bekas eksekutif BH), Badrulhisham, aku, Zainor Said (Pengarang Eksekutif BH2 - juga meninggalkan BH) dan Pengolong Ketua Unit Grafik BH, Yoyo.
Yang akan meninggalkan BH memotong kek dan pulut kuning.
No comments:
Post a Comment