Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia dan tidak ada pula Tuhan yang disembah dengan hak selain Dia, Tuhan para nabi: Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad, penutup para nabi, semoga selawat dan salam selalu terlimpah kepada mereka semuanya.

Wahai orang-orang yang masih dalam kekafiran, yang berakal baik lelaki atau perempuan! Kepada kamu aku tujukan seruan ini - Seruan Menuju Keselamatan dan Kebahagiaan. Aku katakan di sini: "Selamatkanlah diri kamu daripada azab Allah Yang Maha Tinggi - Azab yang akan datang setelah engkau mati kemudian diletakkan dalam kubur dan azab yang menunggu di neraka Jahannam.

Selamatkan diri kamu dengan beriman kepada Allah sebagai Rabb, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai pedoman hidup. Katakan dengan penuh kejujuran: "Laa ilaaha illallah MuhammadurRasulullah". Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.

Kemudian solatlah lima waktu, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram jika engkau mampu. Umumkanlah keislaman kamu kepada Allah, sesungguhnya tidak ada keselamatan bagi kamu dan juga tidak ada kebahagiaan kecuali dengan itu.

Sesungguhnya aku (Razali bin Zakaria) bersumpah untuk kamu dengan nama Allah Yang Maha Agung yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, bahawa Islam ini adalah agama yang haq, Allah tidak menerima agama daripada seorang pun selain agama-Nya, dan aku persaksikan kepada Allah, Malaikat dan seluruh makhluk bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, dan sesungguhnya Islam adalah agama yang benar serta aku termasuk orang yang menyerahkan diri kepada Allah. Aku bermohon kepada Allah Taala dengan nikmatnya dan kemuliannya agar mematikan aku sebagai orang Islam yang sebenarnya. Demikian juga keturunanku dan seluruh saudaraku kaum muslimin, dan agar mengumpulkan kita di syurga Na’im bersama Nabi kita Muhammad yang jujur lagi dipercayai, dan seluruh para Nabi, keluarga Nabi kita dan para sahabatnya.

Ketahuilah! Bukankan sudah aku sampaikan? "Ya Allah! saksikan." Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda dan segala puji bagi Rabb pemelihara sekalian alam.

counter

Wednesday, December 10, 2014

APA KISAH BANGANG DAN GAMBAR SERIBU MAKNA, SEJUTA TAFSIRAN



Zamkata:
Sekalipun Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin menyingkirkan saya dari kedudukan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu  pada akhir tahun 1992 dengan mempengaruhi Tun Dr. Mahathir tetapi saya tidak pernah menyimpan rasa dendam  dan marah pada Daim kerana jasanya kepada UMNO dan  negara adalah lebih besar disamping kesilapan dan kelemahannya. 
Saya anggap apa yang berlaku adalah sebagai suatu keharusan dalam pehetongan politik masing-masing termasuk Mahathir sendiri untuk masa depan mereka dan negara.
Baca selanjutnya DI SINI


Saya Kata:
Saya tidak pernah bertugas di bawah Zam, kerana Zam berada di Utusan dan saya di Berita Harian. Saya hanya pernah bertugas di bawah Datuk A Kadir Jasin. Dilatih dan diajar oleh beliau bagaimana untuk menulis dan mencari berita. Datuk A Kadir Jasin orang Kedah (Tanah Merah, Pendang), saya orang Kodiang, jadi tak ada masalah nak cakap utara.

Kalau diperhati pada gambar di atas, hanya empat muka yang saya kenal iaitu Zam, Datuk A Kadir Jasin, Rashid Yusof - saya panggil dia RY - Dia bekas deputy Group Editor NST sebelum ambil MSS beberapa hari lalu. Yang lain, saya ingat muka saja, tapi tak ingat nama.

Dan yang comey lote sebelah Zam tentu semua orang kenal - tauke garam yang kemudian pernah menjadi Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Di kalangan mereka, yang paling saya kenal rapat ialah RY sebab kami sama-sama menjadi stringer (pemberita sambilan) di Alor Setar pada pertengahan 1980-an. RY menulis untuk New Straits Times dan saya untuk Berita Harian. Sama-sama pergi cari story. Banyak story yang dapat dan disiarkan dalam NST dan BH, maka banyaklah claim duit kami bulan itu. Kalau saya dapat tiga story dan RY dapat tiga story kami bertukar-tukar story. Maka saya akan hantar enam story kepada Berita Harian dan RY pun hantar enam story kepada NST.

Dipendekkan cerita RY dan saya kini berjaya memohon MSS iaitu Skim Pemisahan Bersama. Kami akan meninggalkan NSTP secara rasmi pada 15 Disember ini. RY sebelum ini pernah meninggalkan NST kerana 'dipinjamkan' kepada Tun Daim, tetapi kembali semula beberapa tahun lalu. manakala, saya kekal bersama Berita Harian hampir 30 tahun dan akan mengakhiri tugas terakhir sebagai Timbalan Ketua Penyunting, esok, sebelum mula 'off day'.

Selepas ini, saya hanya serah kepada Allah. Mohon Allah mempermudahkan segala urusan buat saya. Begitu juga buat RY, Zam, Kadir Jasin dan Tun Daim

Namun, saya ingin ulang apa Zamkata mengenai gambar itu:

'GAMBAR SERIBU MAKNA, SEJUTA TAFSIRAN'

Anda tafsirlah sendiri kerana saya juga bukan 'BANGANG'

Siapa sebenarnya yang BANGANG

Apa kisah 'bangang' ni?

DI SINI

No comments:

Post a Comment