Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia dan tidak ada pula Tuhan yang disembah dengan hak selain Dia, Tuhan para nabi: Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad, penutup para nabi, semoga selawat dan salam selalu terlimpah kepada mereka semuanya.

Wahai orang-orang yang masih dalam kekafiran, yang berakal baik lelaki atau perempuan! Kepada kamu aku tujukan seruan ini - Seruan Menuju Keselamatan dan Kebahagiaan. Aku katakan di sini: "Selamatkanlah diri kamu daripada azab Allah Yang Maha Tinggi - Azab yang akan datang setelah engkau mati kemudian diletakkan dalam kubur dan azab yang menunggu di neraka Jahannam.

Selamatkan diri kamu dengan beriman kepada Allah sebagai Rabb, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai pedoman hidup. Katakan dengan penuh kejujuran: "Laa ilaaha illallah MuhammadurRasulullah". Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.

Kemudian solatlah lima waktu, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram jika engkau mampu. Umumkanlah keislaman kamu kepada Allah, sesungguhnya tidak ada keselamatan bagi kamu dan juga tidak ada kebahagiaan kecuali dengan itu.

Sesungguhnya aku (Razali bin Zakaria) bersumpah untuk kamu dengan nama Allah Yang Maha Agung yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, bahawa Islam ini adalah agama yang haq, Allah tidak menerima agama daripada seorang pun selain agama-Nya, dan aku persaksikan kepada Allah, Malaikat dan seluruh makhluk bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, dan sesungguhnya Islam adalah agama yang benar serta aku termasuk orang yang menyerahkan diri kepada Allah. Aku bermohon kepada Allah Taala dengan nikmatnya dan kemuliannya agar mematikan aku sebagai orang Islam yang sebenarnya. Demikian juga keturunanku dan seluruh saudaraku kaum muslimin, dan agar mengumpulkan kita di syurga Na’im bersama Nabi kita Muhammad yang jujur lagi dipercayai, dan seluruh para Nabi, keluarga Nabi kita dan para sahabatnya.

Ketahuilah! Bukankan sudah aku sampaikan? "Ya Allah! saksikan." Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda dan segala puji bagi Rabb pemelihara sekalian alam.

counter

Tuesday, December 9, 2014

QARDAWI: KITA SEMUA TAHU SIAPA SEBENARNYA YANG MEMBUNUH





Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi

DOHA, 9 Disember- Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi, salah seorang ulama besar dunia Islam hari ini menafikan bahawa beliau terlibat dalam sebarang usaha untuk membunuh umat Islam terutamanya apa yang telah terjadi di bumi Mesir.

“Aku tidak membunuh sesiapa bahkan aku tidak pernah langsung berniat untuk membunuh hingga membuatkan aku dikhendaki oleh Interpol," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia turut berkata hakikatnya kita semua tahu siapa sebenarnya yang telah membunuh ribuan umat Islam yang tidak berdosa di Ibu pejabat Pengawal Republik, Ramassa, Rabaah, Al Nahda, Ramsis dan banyak tempat lain lagi.

“Atas tindakan kejam tidak berperikamusian ini, dia ini akhirnya dimuliakan oleh Barat, Russia bahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri seolah-olah dia adalah presiden yang dilantik oleh rakyat," katanya.

Pada 5 Disember lalu, Interpol mengeluarkan waran tangkap yang dinyatakan di laman webnya terhadap Dr Yusuf Al-Qardawi atas permintaan Negara Mesir dengan tuduhan:

Penghasutan dan bantuan untuk melakukan pembunuhan dengan sengaja, membantu banduan melarikan diri, membakar, vandalisme dan kecurian.

“Keadilan dalam undang-undang telah dinafikan dalam hal ini” ujar beliau yang ketika ini berumur 88 tahun di laman sosialnya.

Tindakan Interpol dan Negara Mesir ini turut mendapat kecaman Persatuan Ulama Muslimin yang sejak daripada dua hari yang lepas telah mengadakan kempen “Al-Qardawi bukanlah pengganas” bagi memberi tekanan kepada Interpol supaya menarik balik waran tangkap tersebut.

Turut sama mengecam tindakan ini adalah President Turkey, Recep Tayyip Erdoğan yang mempersoalkan apakah hak As Sisi untuk bertindak sedemikian.

As Sisi

“Dia (As Sisi) ini hanya yang telah mendapat kuasa melalui kudeta, berlagak kononya hebat serta memberi arahan kepada Interpol supaya menangkap Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia yang disegani diseluruh dunia. Apa hak dia untuk bertindak sedemikian?”

"Islam tidak patut tunduk kepada politik tetapi politik yang sepatutnya tunduk kepada Islam” tegas beliau.

Tindakan Mesir menangkap pimpinan Islam dikalangan ulama bukanlah suatu perkara yang baru sejak beberapa tahun ini. Ulama seperti Syiekh Haziam Salah, Dr Solah Sultan dan ramai lagi ulama lain yang ditangkap dengan tujuan untuk mengekang sebarang usaha kearah kebangkitan Islam.

Bahkan usaha ini juga telah disambut oleh banyak negara-negara arab teluk antaranya Qatar yang pada bulan September lepas telah mengeluarkan suatu arahan supaya pimpinan Ikhwan Muslimin di sana supaya keluar daripada negara tersebut.

No comments:

Post a Comment