Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia dan tidak ada pula Tuhan yang disembah dengan hak selain Dia, Tuhan para nabi: Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad, penutup para nabi, semoga selawat dan salam selalu terlimpah kepada mereka semuanya.

Wahai orang-orang yang masih dalam kekafiran, yang berakal baik lelaki atau perempuan! Kepada kamu aku tujukan seruan ini - Seruan Menuju Keselamatan dan Kebahagiaan. Aku katakan di sini: "Selamatkanlah diri kamu daripada azab Allah Yang Maha Tinggi - Azab yang akan datang setelah engkau mati kemudian diletakkan dalam kubur dan azab yang menunggu di neraka Jahannam.

Selamatkan diri kamu dengan beriman kepada Allah sebagai Rabb, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai pedoman hidup. Katakan dengan penuh kejujuran: "Laa ilaaha illallah MuhammadurRasulullah". Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.

Kemudian solatlah lima waktu, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram jika engkau mampu. Umumkanlah keislaman kamu kepada Allah, sesungguhnya tidak ada keselamatan bagi kamu dan juga tidak ada kebahagiaan kecuali dengan itu.

Sesungguhnya aku (Razali bin Zakaria) bersumpah untuk kamu dengan nama Allah Yang Maha Agung yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, bahawa Islam ini adalah agama yang haq, Allah tidak menerima agama daripada seorang pun selain agama-Nya, dan aku persaksikan kepada Allah, Malaikat dan seluruh makhluk bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, dan sesungguhnya Islam adalah agama yang benar serta aku termasuk orang yang menyerahkan diri kepada Allah. Aku bermohon kepada Allah Taala dengan nikmatnya dan kemuliannya agar mematikan aku sebagai orang Islam yang sebenarnya. Demikian juga keturunanku dan seluruh saudaraku kaum muslimin, dan agar mengumpulkan kita di syurga Na’im bersama Nabi kita Muhammad yang jujur lagi dipercayai, dan seluruh para Nabi, keluarga Nabi kita dan para sahabatnya.

Ketahuilah! Bukankan sudah aku sampaikan? "Ya Allah! saksikan." Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda dan segala puji bagi Rabb pemelihara sekalian alam.

counter

Tuesday, December 9, 2014

PASAR RAYA SELURUH TERENGGANU TUTUP DUA JAM HARI JUMAAT




DEMIKIAN keputusan drastik dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha memartabatkan syiar Islam di negeri itu.

Penutupan operasi pasar raya selama dua jam bermula 12.30 tengah hari ketika umat Islam menunaikan solat jumaat akan berkuat kuasa 1 Januari 2015, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

"Keputusan itu dibuat pada mesyuarat EXCO minggu lalu yang bertujuan memartabatkan syariat Islam. Tindakan itu juga diambil selepas kerajaan negeri meneliti pandangan dan aduan umat Islam bahawa ramai remaja menjadikan pasar raya sebagai tempat melepak ketika waktu solat Jumaat,” katanya.

Ahmad Razif berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan pekeliling kepada semua pemilik pasar raya, termasuk pemilik kios yang menjalankan perniagaan di dalam dan di luar pasar raya.

“Pemilik pasar raya yang gagal mematuhi peraturan penutupan operasi itu boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang kecil PBT,” katanya.

Katanya, pegawai serta penguat kuasa wanita PBT akan ditempatkan untuk membuat pemantauan di premis berkenaan.

“Kerajaan negeri juga meminta PBT membuat penyelarasan mengenai tindakan undang-undang dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi membolehkan umat Islam, termasuk remaja yang tidak menunaikan solat Jumaat dan melepak di dalam premis itu turut dikenakan tindakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment