Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia dan tidak ada pula Tuhan yang disembah dengan hak selain Dia, Tuhan para nabi: Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad, penutup para nabi, semoga selawat dan salam selalu terlimpah kepada mereka semuanya.

Wahai orang-orang yang masih dalam kekafiran, yang berakal baik lelaki atau perempuan! Kepada kamu aku tujukan seruan ini - Seruan Menuju Keselamatan dan Kebahagiaan. Aku katakan di sini: "Selamatkanlah diri kamu daripada azab Allah Yang Maha Tinggi - Azab yang akan datang setelah engkau mati kemudian diletakkan dalam kubur dan azab yang menunggu di neraka Jahannam.

Selamatkan diri kamu dengan beriman kepada Allah sebagai Rabb, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai pedoman hidup. Katakan dengan penuh kejujuran: "Laa ilaaha illallah MuhammadurRasulullah". Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.

Kemudian solatlah lima waktu, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram jika engkau mampu. Umumkanlah keislaman kamu kepada Allah, sesungguhnya tidak ada keselamatan bagi kamu dan juga tidak ada kebahagiaan kecuali dengan itu.

Sesungguhnya aku (Razali bin Zakaria) bersumpah untuk kamu dengan nama Allah Yang Maha Agung yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, bahawa Islam ini adalah agama yang haq, Allah tidak menerima agama daripada seorang pun selain agama-Nya, dan aku persaksikan kepada Allah, Malaikat dan seluruh makhluk bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, dan sesungguhnya Islam adalah agama yang benar serta aku termasuk orang yang menyerahkan diri kepada Allah. Aku bermohon kepada Allah Taala dengan nikmatnya dan kemuliannya agar mematikan aku sebagai orang Islam yang sebenarnya. Demikian juga keturunanku dan seluruh saudaraku kaum muslimin, dan agar mengumpulkan kita di syurga Na’im bersama Nabi kita Muhammad yang jujur lagi dipercayai, dan seluruh para Nabi, keluarga Nabi kita dan para sahabatnya.

Ketahuilah! Bukankan sudah aku sampaikan? "Ya Allah! saksikan." Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda dan segala puji bagi Rabb pemelihara sekalian alam.

counter

Tuesday, December 9, 2014

DIMASUKKAN KE SYURGA DAN DOSA LAMPAU DIHAPUSKAN JIKA SERTAI 'JIHAD SEKS'





 DEMIKIAN.... GADIS MELAYU DIUMPAN UNTUK MENYERAHKAN TUBUH MEREKA KEPADA MILITAN DI SYRIA DAN IRAQ KONONNYA ATAS NAMA 'JIHAD SEKS'

Dosa lampau terhapus selain dijanjikan kehidupan di syurga adalah antara umpan kepada wanita Melayu jika setuju menyertai JIHAD SEKS kepada kumpulan militan Negara Islam (IS). Perkara ini didedahkan oleh seorang bekas pelajar universiti tempatan yang hanya dikenali sebagai Umairah berusia 23 dalam temu bual eksklusif dengan portal berita Merdeka Online.

Dalam temu ramah itu Umairah, mendakwa dia diumpan untuk pergi ke Syria selepas mengikuti kelas dan program usrah sebuah kumpulan keagamaan di Lembah Klang. Dia menyertai kumpulan itu atas pelawaan rakan baiknya seorang lelaki yang pernah menjadi pembimbing dan pemberi semangat kepadanya untuk mendalami Islam serta berjuang bersama Islam.

Umariah juga memberitahu bahawa pembimbing agama kumpulan itu menawarkan konsep baru jihad iaitu melakukan 'ibadah jihad' yang memberi kelebihan hidup di dunia, dan menjanjikan syurga dan syaratnya adalah dia perlu berbai'ah kepada khalifah Islam yang baharu.

"Selepas menyatakan persetujuan, saya diberi sedikit panduan yang perlu dilakukan jika dicalonkan ke Syria dan ditugaskan untuk menjaga keperluan pejuang seperti memasak, menjaga pakai dan minum dan paling penting adalah memastikan keperluan nafsu seks pejuang termasuk melayan lima orang pada satu-satu masa," katanya dalam temu bual itu.

Apa yang berlaku kepada anak gadis itu????

Ikuti selanjutnya dalam video di bawah

No comments:

Post a Comment