Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia dan tidak ada pula Tuhan yang disembah dengan hak selain Dia, Tuhan para nabi: Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad, penutup para nabi, semoga selawat dan salam selalu terlimpah kepada mereka semuanya.

Wahai orang-orang yang masih dalam kekafiran, yang berakal baik lelaki atau perempuan! Kepada kamu aku tujukan seruan ini - Seruan Menuju Keselamatan dan Kebahagiaan. Aku katakan di sini: "Selamatkanlah diri kamu daripada azab Allah Yang Maha Tinggi - Azab yang akan datang setelah engkau mati kemudian diletakkan dalam kubur dan azab yang menunggu di neraka Jahannam.

Selamatkan diri kamu dengan beriman kepada Allah sebagai Rabb, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai pedoman hidup. Katakan dengan penuh kejujuran: "Laa ilaaha illallah MuhammadurRasulullah". Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.

Kemudian solatlah lima waktu, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram jika engkau mampu. Umumkanlah keislaman kamu kepada Allah, sesungguhnya tidak ada keselamatan bagi kamu dan juga tidak ada kebahagiaan kecuali dengan itu.

Sesungguhnya aku (Razali bin Zakaria) bersumpah untuk kamu dengan nama Allah Yang Maha Agung yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, bahawa Islam ini adalah agama yang haq, Allah tidak menerima agama daripada seorang pun selain agama-Nya, dan aku persaksikan kepada Allah, Malaikat dan seluruh makhluk bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, dan sesungguhnya Islam adalah agama yang benar serta aku termasuk orang yang menyerahkan diri kepada Allah. Aku bermohon kepada Allah Taala dengan nikmatnya dan kemuliannya agar mematikan aku sebagai orang Islam yang sebenarnya. Demikian juga keturunanku dan seluruh saudaraku kaum muslimin, dan agar mengumpulkan kita di syurga Na’im bersama Nabi kita Muhammad yang jujur lagi dipercayai, dan seluruh para Nabi, keluarga Nabi kita dan para sahabatnya.

Ketahuilah! Bukankan sudah aku sampaikan? "Ya Allah! saksikan." Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda dan segala puji bagi Rabb pemelihara sekalian alam.

counter

Saturday, December 6, 2014

JAUHKAN SINDROM 'AKU SERBA LAYAK' DALAM UMNO




Nombor keahlian saya dalam UMNO ialah 00160864, cawangan Alor Merah, Bahagian Alor Setar, Negeri Kedah. Pada awalnya, keahlian saya adalah di cawangan Kodiang, Bahagian Kubang Pasu, Negeri Kedah.

Tetapi, apabila bekas guru saya Datuk Azizan Hj Taib (sudah meninggal) menjadi Ketua Bahagian Alor Setar dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri serta EXCO pada masa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar, beliau menukarkan saya dari Bahagian Kubang Pasu ke Bahagian Alor Setar, dengan alasan saya dapat membantunya di peringkat bahagian.

Semuanya itu adalah pada tahun 1986 dan sehingga sekarang saya tidak pernah menerima apa-apa surat dari cawangan atau bahagian meminta saya hadir ke apa-apa mesyuarat sekali pun.

Namun, saya tidak kisah sangat sebab saya enggan bergerak aktif dalam politik. Tetapi, sebagai wartawan saya mengenali ramai rakan politik sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

Antara yang rapat dengan saya di kalangan parti pemerintah ketika itu ialah Allahyarham Datuk Azizan sendiri dan Tan Sri Osman Aroff, Datuk Hanafi Ramli dan Datuk Zakaria Said, manakal di pihak pembangkang masa itu yang saya masih ingat ialah bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Kesempatan sebagai wartawan membolehkan saya memerhati turun naik perjuangan mereka.

Begitu juga apabila saya bertukar ke Kuala Lumpur. Walaupun, tidak sepenuhnya memberi tumpuan kepada membuat liputan berita politik, tetapi saya tetap menemui orang politik kerana mereka menjadi pemerintah di Selangor.

Maka, jatuh bangun dan survival Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Abu Sujak dan Datuk Abu Hasan Omar dalam politik, juga saya ketahui.

Dan, hari ini apabila saya terbaca mengenai SINDROM 'AKU SERBA LAYAK' yang menular di kalangan ahli UMNO, saya tidak terkejut. Ini kerana sindrom itu sudah lama berlaku di dalam UMNO.

Jadi apabila ada pihak yang menyeru supaya sindrom 'aku serba layak' ini dibendung, saya rasa ianya amat wajar sekali - walaupun saya tahu ianya ibarat 'anjing menyalak bukit'.

Namun, marilah bermuhasabah diri bagi memperbaiki diri dan parti agar UMNO akan menjadi parti dominan bangsa Melayu.

Sindrom 'Aku Serba Layak' inilah yang menjatuhkan ramai pemimpin politik UMNO - termasuk yang saya sebutkan di atas - sebelum masa sepatutnya mereka berundur.

No comments:

Post a Comment