Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia dan tidak ada pula Tuhan yang disembah dengan hak selain Dia, Tuhan para nabi: Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad, penutup para nabi, semoga selawat dan salam selalu terlimpah kepada mereka semuanya.

Wahai orang-orang yang masih dalam kekafiran, yang berakal baik lelaki atau perempuan! Kepada kamu aku tujukan seruan ini - Seruan Menuju Keselamatan dan Kebahagiaan. Aku katakan di sini: "Selamatkanlah diri kamu daripada azab Allah Yang Maha Tinggi - Azab yang akan datang setelah engkau mati kemudian diletakkan dalam kubur dan azab yang menunggu di neraka Jahannam.

Selamatkan diri kamu dengan beriman kepada Allah sebagai Rabb, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai pedoman hidup. Katakan dengan penuh kejujuran: "Laa ilaaha illallah MuhammadurRasulullah". Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.

Kemudian solatlah lima waktu, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram jika engkau mampu. Umumkanlah keislaman kamu kepada Allah, sesungguhnya tidak ada keselamatan bagi kamu dan juga tidak ada kebahagiaan kecuali dengan itu.

Sesungguhnya aku (Razali bin Zakaria) bersumpah untuk kamu dengan nama Allah Yang Maha Agung yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, bahawa Islam ini adalah agama yang haq, Allah tidak menerima agama daripada seorang pun selain agama-Nya, dan aku persaksikan kepada Allah, Malaikat dan seluruh makhluk bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, dan sesungguhnya Islam adalah agama yang benar serta aku termasuk orang yang menyerahkan diri kepada Allah. Aku bermohon kepada Allah Taala dengan nikmatnya dan kemuliannya agar mematikan aku sebagai orang Islam yang sebenarnya. Demikian juga keturunanku dan seluruh saudaraku kaum muslimin, dan agar mengumpulkan kita di syurga Na’im bersama Nabi kita Muhammad yang jujur lagi dipercayai, dan seluruh para Nabi, keluarga Nabi kita dan para sahabatnya.

Ketahuilah! Bukankan sudah aku sampaikan? "Ya Allah! saksikan." Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda dan segala puji bagi Rabb pemelihara sekalian alam.

counter

Friday, December 5, 2014

AKHIRNYA SAYA TINGGALKAN BERITA HARIAN SETELAH 30 TAHUN.....


NAMUN, SAYA TIDAK AKAN TINGGALKAN DUNIA PENULISAN




Rakan saya RockyBru menulis:

Not that long ago, the New Straits Times was the English-language newspaper in Malaysia. It was the flagship of the NSTP group. The best writers wrote for this 169-year paper and the best journalists wanted to be on its payroll.

Many of the media industry's leaders today came from NST: Ho Kay Tat (the Edge), Jahabar Saddiq (The Malaysian Insider), Shamsul Akmar (The Malaysian Reserve): Nuraina Samad (The Mole); and Ashraf Abdullah (TV3), to name a few.

Baca lebih lanjut DI SINI

Saya juga salah seorang yang memohon untuk menyertai Skim Pemisahan Bersama iaitu skim di mana staff boleh memohon untuk berhenti daripada syarikat, tetapi pihak syarikat mempunyai hak sama ada untuk meluluskan atau tidak.

Jika diluluskan, staff berkenaan akan diberi pampasan berdasarkan = Gaji terakhir x 1.5 x tahun bekerja atau baki bulan bekerja yang mana lebih rendah.

Saya sudah bersama Berita Harian (BH) sejak 30 tahun yang lalu iaitu bermula sebagai pemberita sambilan pada 1983 sebelum diserap ke jawatan tetap. Menjadi antara wartawan yang mula-mula menghidup dan menggerakkan akhbar yang pada ketika itu dikatakan akhbar nyamuk iaitu Harian Metro.

Kemudian saya ditukarkan semula ke BH.
 www.bharian.com.my

Bertatih dari awal sebagai pemberita sambilan, pemberita tetap, wartawan, wartawan kanan, penyunting kemudian dilantik menjadi penyunting eksekutif, eksekutif kanan penyunting, kemudian penolong ketua penyunting dan jawatan terakhir sebelum memohon skim itu ialah Timbalan Ketua Penyunting.
Keseluruhannya lebih 30 tahun. Pelbagai onak dan duri sudah dilalui dalam 'dunia gelap' dan 'dunia terang'.

Semuanya itu adalah pengalaman yang tidak boleh dibeli, namun itulah hakikat kehidupan sebagai wartawan era 80-an dan awal 90-an.

Antara liputan berita yang tidak dapat dilupakan dalam negara ialah letupan kilang mercun di Sungai Buluh dan runtuhnya Highland Tower, selain beberapa kejadian tanah runtuh.

Manakala peristiwa di luar negara yang tidak dapat dilupakan, anda boleh membaca sedikit di link di bawah ini

https://groups.yahoo.com/neo/groups/beritamalaysia/conversations/topics/59817


Tidak pernah berkeinginan untuk berpisah daripada BH dalam tempoh 30 tahun itu, walaupun menerima beberapa tawaran hebat daripada akhbar saingan...

Menyerah diri sendiri dan keluarga hanya semata-mata untuk BH. Bukan mudah untuk menjadi wartawan, apa lagi sebagai wartawan yang pernah menjadi akhbar nombor satu negara suatu ketika dulu.

Saya tidak bercadang menulis panjang mengenai pengalaman dalam BH, sekadar teringat hari-hari terakhir untuk menyentuh name tag di pintu masuk ke Jabatan Editorial BH, kerana permohonan saya untuk berhenti diterima dan diluluskan.


Bagi saya ada kebaikan kepada semua pekerja senior yang berjawatan 'kanan' dalam editorial sama ada di BH atau New Straits Times (NST). Sesungguhnya saya yakin, majoriti daripada kami berhenti bukan kerana merajuk. Ini kerana kebanyakan yang berhenti itu menduduki kerusi jawatan kanan dan penting (termasuk rakan baik saya yang sama-sama berjuang sebagai pemberita sambilan di Alor Star dahulu iaitu saudara Rashid Yusuf - Timbalan Pengarang Kumpulan NST - turut disebut dalam posting Datuk RockyBru).

Bagi majoriti kami, merajuk dengan company bukan alasan untuk berhenti. Sebaliknya sesetengah daripada kami mempunyai peluang lain yang ingin diceburi, yang boleh diceburi dan yang menunggu untuk diceburi.

Kami juga dapat memberi peluang kepada tenaga muda untuk mengambil alih dan memikil beban tanggungjawab yang kami tinggalkan. Ini juga akan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada orang baru atau lulusan universiti yang berminat menceburi dunia kewartawanan.

Saya sepatutnya perlu menghabiskan perkhidmatan sehingga usia 60 tahun sebagaimana peraturan baru ditetapkan Kementerian Sumber Manusia kepada semua syarikat swasta. Namun, saya rasa cukuplah saya bersama BH selama lebih 30 tahun.

Biarpun, pada mulanya rakan baik saya Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Saudara Badrulhisham Othman, enggan melepaskan saya, namun beliau terpaksa merelakan saya pergi apabila Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali menunjukkan kepadanya tujuh alasan dan sebab yang saya berikan kenapa saya perlu meninggalkan BH.

BH banyak mengajar saya. Terima kasih kepada rakan-rakan, staff di bawah pengawasan saya dan pihak pengurusan. Saya berdoa dan saya yakin BH akan kekal berdiri. Perubahan dan pelantikan muka baru ke beberapa jawatan kanan, termasuk menggantikan tempat saya diharap dapat memulihkan prestasi BH.

Selamat maju jaya kepada semua.  Ada masa kita jumpa lagi dalam dunia penulisan lain.

Antara rencana akhir yang sempat saya tulis untuk BH, walaupun ketika menjadi Penolong Ketua Penyunting ialah:

http://www2.bharian.com.my/articles/Ibadahumrahsia-siajikabekalanbekalanilmutidakmencukupi/Article/

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Ramadanmasaperbaharuiikrarkeimanan_muhasabah/Article/cetak

http://www2.bharian.com.my/articles/TarikhkiamatrahsiaPencipta/Article/print_html

No comments:

Post a Comment