Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia dan tidak ada pula Tuhan yang disembah dengan hak selain Dia, Tuhan para nabi: Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad, penutup para nabi, semoga selawat dan salam selalu terlimpah kepada mereka semuanya.

Wahai orang-orang yang masih dalam kekafiran, yang berakal baik lelaki atau perempuan! Kepada kamu aku tujukan seruan ini - Seruan Menuju Keselamatan dan Kebahagiaan. Aku katakan di sini: "Selamatkanlah diri kamu daripada azab Allah Yang Maha Tinggi - Azab yang akan datang setelah engkau mati kemudian diletakkan dalam kubur dan azab yang menunggu di neraka Jahannam.

Selamatkan diri kamu dengan beriman kepada Allah sebagai Rabb, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai pedoman hidup. Katakan dengan penuh kejujuran: "Laa ilaaha illallah MuhammadurRasulullah". Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.

Kemudian solatlah lima waktu, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram jika engkau mampu. Umumkanlah keislaman kamu kepada Allah, sesungguhnya tidak ada keselamatan bagi kamu dan juga tidak ada kebahagiaan kecuali dengan itu.

Sesungguhnya aku (Razali bin Zakaria) bersumpah untuk kamu dengan nama Allah Yang Maha Agung yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, bahawa Islam ini adalah agama yang haq, Allah tidak menerima agama daripada seorang pun selain agama-Nya, dan aku persaksikan kepada Allah, Malaikat dan seluruh makhluk bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, dan sesungguhnya Islam adalah agama yang benar serta aku termasuk orang yang menyerahkan diri kepada Allah. Aku bermohon kepada Allah Taala dengan nikmatnya dan kemuliannya agar mematikan aku sebagai orang Islam yang sebenarnya. Demikian juga keturunanku dan seluruh saudaraku kaum muslimin, dan agar mengumpulkan kita di syurga Na’im bersama Nabi kita Muhammad yang jujur lagi dipercayai, dan seluruh para Nabi, keluarga Nabi kita dan para sahabatnya.

Ketahuilah! Bukankan sudah aku sampaikan? "Ya Allah! saksikan." Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda dan segala puji bagi Rabb pemelihara sekalian alam.

counter

Monday, December 8, 2014

JABATAN IMIGRESEN BATAL PASPORT ALVIN, ALI





Jabatan Imigresen menarik balik pasport antarabangsa blogger kontroversi, Alvin Tan yang melarikan diri ke Amerika Syarikat dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil yang kini berada di Sweden.

Alvin Tan

Ali Abdul Jalil

Nama kedua-duanya turut disenaraihitamkan dalam komputer jabatan itu, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim, hari ini.

Ini adalah kali pertama Jabatan Imigresen mengambil tindakan membatalkan pasport rakyat Malaysia.

"Ini juga satu amaran bahawa kita tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan sama (menarik balik pasport) terhadap mereka yang melakukan kesalahan seumpama ini iaitu menghina mahkamah, agama Islam dan institusi beraja.

"Amaran ini juga satu bentuk pengajaran supaya semua pihak lebih berhati-hati dengan tindak-tanduk mereka sebagai warganegara dalam apa sahaja isu yang berkait dengan kesejahteraan, keamanan dan keselamatan negara.

"Malah, dalam pasport pun tertera dokumen itu adalah hak milik kerajaan dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa, ini pun boleh dijadikan asas kenapa kita tarik balik pasport mereka," katanya.

Pembatalan pasport itu dilakukan selepas Jabatan Imigresen menadapati tindakan Alvin dan Ali menimbulkan ketidakselesaan dari segi keselamatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikutan tindakan itu, Alvin dan Ali kini diibaratkan sebagai 'pendatang haram' di negara tempat mereka berada sekarang dan terpulang kepada mereka sama ada mahu memohon suaka politik di negara berkenaan.

Beliau menegaskan, pihaknya, malah kerajaan sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memaksa mereka pulang ke negara ini biarpun masih lagi warganegara Malaysia.

September lalu, Alvin melarikan diri ke luar negara dan meminta suaka politik di Amerika Syarikat. Baru-baru ini, dia dipercayai memuat naik kenyataan yang mempersendakan institusi beraja melalui Facebooknya.

Dia dipercayai memuat naik kenyataan itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya, yang mendakwa sultan tidak mempunyai kuasa untuk memberi dan menarik balik gelaran kebesaran daripada mana-mana pihak.

Ali pula dilapor meninggalkan Malaysia untuk ke Sweden pada 18 Oktober lalu selepas menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat Johor dan Sultan Selangor melalui Facebooknya.

No comments:

Post a Comment