Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia dan tidak ada pula Tuhan yang disembah dengan hak selain Dia, Tuhan para nabi: Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad, penutup para nabi, semoga selawat dan salam selalu terlimpah kepada mereka semuanya.

Wahai orang-orang yang masih dalam kekafiran, yang berakal baik lelaki atau perempuan! Kepada kamu aku tujukan seruan ini - Seruan Menuju Keselamatan dan Kebahagiaan. Aku katakan di sini: "Selamatkanlah diri kamu daripada azab Allah Yang Maha Tinggi - Azab yang akan datang setelah engkau mati kemudian diletakkan dalam kubur dan azab yang menunggu di neraka Jahannam.

Selamatkan diri kamu dengan beriman kepada Allah sebagai Rabb, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai pedoman hidup. Katakan dengan penuh kejujuran: "Laa ilaaha illallah MuhammadurRasulullah". Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.

Kemudian solatlah lima waktu, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah Al-Haram jika engkau mampu. Umumkanlah keislaman kamu kepada Allah, sesungguhnya tidak ada keselamatan bagi kamu dan juga tidak ada kebahagiaan kecuali dengan itu.

Sesungguhnya aku (Razali bin Zakaria) bersumpah untuk kamu dengan nama Allah Yang Maha Agung yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, bahawa Islam ini adalah agama yang haq, Allah tidak menerima agama daripada seorang pun selain agama-Nya, dan aku persaksikan kepada Allah, Malaikat dan seluruh makhluk bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan Allah, dan sesungguhnya Islam adalah agama yang benar serta aku termasuk orang yang menyerahkan diri kepada Allah. Aku bermohon kepada Allah Taala dengan nikmatnya dan kemuliannya agar mematikan aku sebagai orang Islam yang sebenarnya. Demikian juga keturunanku dan seluruh saudaraku kaum muslimin, dan agar mengumpulkan kita di syurga Na’im bersama Nabi kita Muhammad yang jujur lagi dipercayai, dan seluruh para Nabi, keluarga Nabi kita dan para sahabatnya.

Ketahuilah! Bukankan sudah aku sampaikan? "Ya Allah! saksikan." Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat baginda dan segala puji bagi Rabb pemelihara sekalian alam.

counter

Monday, October 8, 2018

Hai... aku kembali

Tungguuuuuuu

Wednesday, January 28, 2015

SEMAKIN GALAK PUAK INI MENGHINA KITA

Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


Sekali lagi, maruah bangsa Melayu dipermainkan. Seperti kebiasaannya, puak-puak ini 'menamparkan' kita sebagai bangsa Melayu dengan pelbagai cara dan kita hanya boleh mengeluarkan kenyataan 'membantah', 'menyelar' atau 'mempertikaikan' perbuatan menghina mereka itu terhadap kita.

Atau, habis kuat pun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu atau Islam, hanya mampu membuat aduan polis supaya siasatan dapat dijalankan.

Polis pun jalankan siasatan, habis cerita. Kalau ada kes dibawa ke mahkamah.

Atau, orang yang membuat penghinaan ini kemudian tampil memohon maaf secara terbuka dengan menyatakan kekesalan yang amat sangat. Tetapi, the damage has been done - menjadi strategi baru puak-puak ini untuk melemahkan semangat kesetiaan bangsa Melayu kepada negara dan melemahkan jati diri orang Islam.

Kemudian, puak-puak ini pun diam seketika. Apabila isu itu sudah sejuk dan reda, mereka bangkitkan pula isu lain seperti hari ini apabila seorang artis mereka, Vincent Leong, melukis dan mempamerkan potret Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dari arah belakang.

Bukan saja menghina dan mencabar maruah Melayu, malah jika diperhatikan betul-betul lukisan Raja Permaisuri Agong itu, ianya bukan saja menjatuhkan kredibiliti institusi raja-raja Melayu, malah menghina dan memalukan keperibadian semua raja-raja perempuan, sultanah atau permaisuri.

http://www.ismaweb.net/2015/01/semakin-galak-puak-ini-menghina-kita/

GUAN ENG, KIT SIANG PATUT MENANGIS

Assalammualaikum

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sekali lagi mencetuskan polimik apabila mencadangkan semula rancangan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pernah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2012.

Kenyataan 'basi' untuk melaksanakan pilihan raya itu pula mendapat pelbagai ulasan menyokong dan menentang, antaranya daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sendiri.

Disokong pula oleh kenyataan bapanya, Lim Kit Siang, yang mungkin sudah 'nyanyuk' dan tidak tahu sama ada mahu 'ketawa atau menangis' anak beranak ini agaknya sudah lupa kepada keputusan dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai  Tan Sri Raus Sharif, pada 14 Ogos tahun lalu.

Ibarat meludah ke langit, selepas Guan Eng sendiri menerima keputusan Mahkamah Persekutuan, dia baru-baru ini sekali lagi membangkitkan isu untuk mengadakan pilihan raya PBT. Kita tidak tahu apa tujuan dia mengeluarkan kenyataan dan membangkitkan semula isu yang pernah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan itu.

Selanjutnya baca di

http://www.ismaweb.net/2015/01/guan-eng-kit-siang-patut-menangis/

Friday, January 2, 2015

KISAH 12 RABIULAWAL YANG TIDAK BOLEH KITA LUPAKAN



Makam Rasulullah SAW di bawah kubah hijau


     Segala puji hanyalah bagi Allah. Kita memuji dan memohon pertolongan serta ampunan-Nya. Kita bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan rasul Allah - Khalil dan yang terbaik di antara makhluk-Nya. Allah mengutusnya menjelang datangnya Hari Kiamat sebagai pemberi peringatan dan pembawa kabar gembira, juga sebagai penyeru kepada jalan Allah serta pelita yang menyinari. Maka Baginda menunjukkan seluruh kebaikan kepada umatnya, serta memberi peringatan daripada segala keburukan. Semoga selawat dan salam serta keberkahan tercurah kepada Baginda dan juga keluarganya, sahabat-sahabatnya, dan orang-orang yang menempuh jalannya dan mengikuti petunjuknya sampai Hari Kiamat.

     Esok 12 Rabiulawal. Apa ada pada tarikh itu? Apa yang berlaku sekarang kesan daripada hebahan umum, umat Islam di Malaysia lebih mengetahui bahawa pada tarikh itu adalah 'public holiday'. Kenapa cuti umum? Jawapan mereka sebab ada sambutan Maulidur Rasul. Jawapan tepat ialah kerana 12 Rabiulawal adalah tarikh lahirnya seorang insan yang menerangi kegelapan seluruh manusia - Muhammad SAW. Yang ditanam ke dalam sanubari kita sekarang ialah 'public holiday'; maulidur Rasul dan tarikh kelahiran Rasulullah SAW. Tidakkah kita ketahui pada tarikh itu juga adalah hari kewafatan Baginda?

     Pada pagi 12 Rabiulawal di Madinah, umat Islam pada waktu itu mengelilingi rumah Baginda SAW. Pada usia 63 tahun, Baginda dalam keletihan namun masih mampu berkhutbah kepada sahabat2 Baginda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah." Daripada Abu Hurairah, riwayat Imam Malik.

     Ingat semula apa kata Baginda di Lembah Wadi di Padang Arafah! Khutbah terakhir Baginda dan kemudian selepas selesai ucapannya turunlah ayat 3 surah Al-Maidah yang bermaksud:
"...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..." (Al-Maidah ayat 3)

     Sebaik mendengar lantunan ayat daripada Baginda, Umar Al Khattab, terus menangis dan ada sahabat yang bertanyanya lalu dijawabnya: "Sesungguhnya sesuatu yang telah sempurna, berikutnya akan berkurangan."

     Perpisahan dengan Baginda sudah semakin hampir. Ramadan tahun 10 Hijrah, baginda SAW melakukan iktikaf selama 20 hari sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya baginda iktikaf 10 hari. Malaikat Jibril pula mengajar al-Quran kepada Baginda dua kali sedangkan sebelum ini hanya sekali.

    Pada bulan Safar 11 Hijrah, baginda menuju Bukit Uhud dan mendoakan Syuhada Uhud. Kemudian baginda naik ke mimbar dan berkhutbah: "Aku akan mendahului kamu, aku akan menjadi saksi bagi kamu. Sungguh sekarang aku telah melihat telagaku dan sungguh aku telah diberikan kunci-kunci bumi dan simpanannya, sungguh aku tidak takut kamu berlaku syirik setelahku, akan tetapi yang aku takutkan adalah kamu saling berlumba-lumba mengejar dunia."

     29 Safar 11 Hijrah hari Isnin baginda mula sakit kuat. Menderita kesakitan selama 13 atau 14 hari namun masih sempat menjadi imam solat lebih kurang 11 hari.

Minggu Terakhir
     Sakit Baginda SAW kian parah. Nabi bertanya kepada isteri2nya: "Di mana giliran aku esok, di mana giliran aku esok?". Isteri2 Baginda faham dan mengizinkan Nabi membuat pilihan. Rasulullah SAW memilih rumah Aisyah.

Lima Hari Terakhir
     Panas badan Baginda bertambah. Baginda minta disirami air dan apabila terasa segar Baginda menggagahkan diri masuk ke masjid dan berkhutbah: "Laknat Allah terhadap orang Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid. Jangan kamu menjadikan kuburku sebagai berhala yang disembah".
Kemudian baginda meminta kepada hadiri untuk membalas apa yang pernah baginda lakukan kepada mereka.

Empat Hari Terakhir
     Khamis - kesakitan semakin terasa dan baginda memanggil sahabat2: "Mari berkumpul, akan aku tuliskan wasiat untuk kami agar kamu tidak sesat setelah itu".

Sehari Terakhir
     Ahad - Baginda memerdekakan budaknya. Bersedekah 9 dinar yang ada padanya, senjatanya dihadiahkan kepada muslimin. Pada waktu malam, Aisyah meminjam minyak daripada jirannya untuk memasang lampu. Baju besi baginda digadaikan untuk mendapatkan gandum.

Hari terakhir.
     Isnin - ketika kaum Muslimin mengerjakan solat Subuh diimami Abu Bakar, Rasulullah SAW membuka tingkap rumah melihat mereka sambil Baginda senyum sebelum menutup tingkap rumahnya. Waktu Dhuha tiba. Rasulullah memanggil Fatimah lalu berbisik kepadanya. Fatimah menangis. Kemudian Baginda berbisik lagi, kali ini Fatimah tersenyum. (Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Aisyah bertanya kepada Fatimah mengenai hal ini, maka Fatimah menyatakan:   "Rasulullah SAW berbisik kepadaku bahawa dia akan meninggal kerana sakit yang dideritainya, maka aku menangis, kemudian dia berbisik menyatakan akulah dari keluarganya yang pertama yang akan menyusulnya, maka aku pun tersenyum.")
     Rasulullah SAW juga memberitahu hal gembira kepada Fatimah bahawa dia adalah pemimpin wanita di alam ini.
     Fatimah menyaksikan dengan sedih penderitaan yang dialami bapanya dan dia mengucapkan:      "Betapa menderitanya engkau wahai bapaku." Baginda menjawab: Tidak ada lagi penderitaan bapamu setelah hari ini."
     Kemudian BAginda memanggil cucunya, Hassan dan Hussein dan mencium keduanya lalu berwasiat kepada mereka. Kemudian Baginda memanggil isteri2nya dan berpesan kepada mereka. Sakit Baginda kiat teruk, tetapi Baginda tidak lupa berwasiat kepada kaum muslimin: "Solat, solat dan perhatikan budak-budak yang kamu miliki." Diulanginya beberapa kali.

Sakratulmaut
     Rasulullah SAW berada di pangkuan Aisyah. Adik Aisyah - Abdulrahman - datang membawa siwak. Rasulullah SAW mengangguk kepalanya tanda setuju. Lalu digosokkan siwak itu ke mulut Baginda. Di hadapan Baginda ada bekas berisi air, lalu mencelupkan tangan Baginda dan menyapu air ke mukanya sambil menyebut: "Laa Ilaaha Illallah, sesungguhnya setiap kematian ada sakaratnya." Baginda kemudian mengangkat tangan dan matanya memandang ke langit, bibirnya bergerak-gerak, Aisyah berusaha mendengar ucapannya: "Bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu: Nabi-nabi, para solihin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurniaan dari Allah dan Allah amat mengetahui." (An-Nisaa ayat 69-70)
     "Ya Allah, ampuni dan kasihanilah aku, pertemukan aku dengan teman2 yang tinggi (kedudukannya), ya Allah pertemukan aku dengan teman-teman (yang tinggi kedudukannya). Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Kemudian tangannya jatuh dan akhirnya nyawa pun terpisah dari badan.
     Peristiwa itu berlaku pada waktu Dhuha, hari Isnin 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah, tepat pada usia baginda 63 tahun, empat hari.

Madinah 'mendung'
     Berita kewafatan Rasulullah SAW tersebar ke seluruh Madinah. Anas bin Malek berkata: "Tidak pernah aku melihat hari yang lebih bersinar terang kecuali ketika Rasulullah datang ke negeri kami dan tidak pernah kami melihat hari yang lebih kelam dan gelap kecuali hari wafatnya Rasulullah SAW."
     Fatimah pula berkata: "Wahai bapaku, engkau telah memenuhi panggilan Rabbmu. Wahai bapaku, syurga Firdaus tempatmu, wahai bapaku, kepada Jibril kami khabarkan kematianmu."

Kecintaan sahabat terhadap Baginda
     Mengetahui kewafatan Rasulullah SAW, Umar terlalu emosi dan sedih hingga beliau berkata: "Orang-orang munafik mengatakan bahawa Rasulullah SAW wafat. Rasulullah SAW tidak wafat, dia hanya pergi menemui Tuhannya, sebagaimana Musa bin Imran meninggalkan kaumnya selama 40 hari lalu kembali setelah diberitahu bahawa dia telah mati. Demi Allah siapa yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah mati akan aku potong tangan dan kakinya."
     Namun, Abu Bakar lebih bersikap rasional. Mendapat khabar kewafatan Rasulullah SAW, beliau ke rumah Aisyah dan menuju kamar Rasulullah, membuka penutup kain dan mencium Baginda SW sambil menangis. Abu Bakar keluar dan menemui Umar yang masih bercakap dengan muslimin.  
     "Duduklah wahai Umar." kata Abu Bakar, tetapi Umar enggan. Abu Bakar kemudian menemui orang ramai dan berkata: "Siapa di antara kamu yang menyembah Muhammad SAW, sesungguhnya Muhammad telah meninggal. Dan siapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati."
     Abu Bakar kemudian membacakan firman Allah ayat 144 surah Ali Imran yang bermaksud: "Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling menjadi kafir)? Dan (Ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberikan balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)."
     Ibnu Abbas berkata: "Demi Allah, seolah-olah orang-orang tidak pernah berasa Allah menurunkan ayat itu kecuali setelah Abu Bakar membacakannya ketika itu. Ketika itu, semua orang menerima ayat berkenaan sehingga tidak ada orang yang diperdengarkan ayat tu kecuali dia membacanya."
Umar kemudian berkata: "Demi Allah, aku tidak pernah menyedarinya sehingga Abu Bakar membacanya. Aku terpaku, kedua kakiku terasa lemah sehingga aku jatuh manakala dia membacanya. Ketika itu aku baru sedar Rasulullah SAW telah meninggal."

Jenazah diurus
     Selasa, 13 Rabiulawal, jenazah Rasulullah SAW dimandikan tanpa melepaskan kainya. Yang memandikannya ialah Abbas dan menantu Baginda, Ali dibantu dua anak Abbas - Fadhl dan Qatstam serta Syaqran, Usamah bin Zaid dan Aus bin Khauli.
     Kemudian mereka mengkafaninya, tetapi berselisih pendapat mengenai tempat untuk dimakamkan. Hingga Abu Bakar berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa tidaklah seorang nabi meninggal, kecuali dia dikubur di tempat dia meninggal."
     Maka, Abu Talhah mengangkat tempat Rasulullah SAW menghembuskan nafas terakhir, menggali lubang dan membuat liang lahat di dalamnya. Kemudian, jenazah baginda disolatkan sebelum dimakamkan.

Demikian serba ringkas yang dapat saya sampaikan dalam tulisan kali ini.

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab ayat 21)

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (7, Al-Hasyr).

Assalammualaikum
Bahtsun fi as-Sirah an-Nabawiyah 'ala Shahibiha Afdholushshalati wa as-Salami
Terbitan Al-Maktabah at-Tadmuriah, al-Mamlakah al-Arabiah as-Su'udiyah

Monday, December 29, 2014

SEKADAR NASIHAT TATKALA BERDEPAN BENCANA



Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu. " (Al-Quran surah as-Syura: 30)
{Ayat ini jelas menunjukkan bahawa segala bala yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa manusia. Sekiranya Allah itu tidak mempunyai sifat pemurah dan penyayang, sudah pasti setiap dosa yang dilakukan oleh anak Adam akan ditimpa bala dan musibah yang tidak putus-putus. Tetapi kerana Allah itu bersifat Maha Pengasih lagi Maha Pengampun maka banyak dosa-dosa manusia diampunkanNya tanpa dibalas dengan bala. Setiap bala yang diturunkan dan setiap musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh dosa dan kesalahan manusia itu sendiri. Apabila Allah menurunkan balaNya, bala ini bukan sahaja menimpa mereka yang bersalah dan berdosa sahaja tetapi menimpa keseluruhan manusia. - Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz}
Oleh Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi,
Sheikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baaz

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga senantiasa tercurah ke atas utusan Allah (Muhammad SAW), keluarga, sahabat dan siapa saja yang berjalan di atas petunjuknya.

Adapun selanjutnya:

Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui atas apa yang diputuskan dan ditentukan. Sebagaimana Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui terhadap apa-apa yang disyariatkan dan diperintahkan. Allah menciptakan setiap kejadian sekehendaknya dan menentukannya untuk tujuan menakuti hamba-Nya dan mengingatkan mereka atas apa yang wajib bagi mereka dari hak-hak Allah, dan memperingatkan mereka dari menyekutukan (berbuat syirik), menyelisihi dan melanggar perintah-Nya. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"........dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman)." (Al-Quran surah al-Isra': 59)

Firman-Nya yang lain bermaksud:

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhan mu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?" (Al-Quran surah al-Fushilat:53)

Firman-Nya yang lain bermaksud:

"Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Dia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak, dan Dia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya." (Al-Quran surah al-An'am: 65)


Al-Bukhari di dalam sahihnya meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi SAW berdoa ketika turun firman Allah "Katakanlah, Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepadamu, dari atas kamu": "Aku berlindung (daripadanya) dengan wajah-Mu, ['atau dari bawah kakimu'].
Nabi SAW bersabda, "Aku berlindung (daripadanya) dengan wajah-Mu."

Abu Syaikh al-Ashbahani meriwayatkan dari Mujahid mengenai tafsir ayat di atas: 'Azab dari atas adalah guruh, batu dan angin, adapun azab dari bawah kaki adalah gempa dan gelinciran'.

Tidak diragukan bahawa banyaknya bencana yang terjadi di mana-mana pada masa ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda bahawa Allah ingin menakuti (memberi amaran) kepada hamba-hambanya. Apapun yang terjadi di alam ini baik berupa gempa, banjir atau selainnya yang membahayakan hamba itu sendiri dan menyebabkan gangguan bencana, semuanya kerana sebab syirik dan maksiat.

Hal ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu. " (Al-Quran surah as-Syura: 30)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri....." (Al-Quran surah an-Nisa: 79)

Dan firman Allah mengenai umat yang lalu bermaksud:

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Al-Quran surah al-Ankabut: 40)

Yang wajib bagi setiap mukallah baik muslim ataupun selain mereka adalah bertaubat kepada Allah, istiqamah (tetap berada) di atas agama Allah, menjauhi segala hal yang dilarang daripada perbuatan syirik dan maksiat agar selamat di dunia dan akhirat dari segala keburukan. Agar Allah menjauhkan mereka dari segala musibah dan menganugerahi kebaikan.

Hal ini sebagaimana firman Allah yang bermaksud

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." (Al-Quran surah al-A'raf:96)

Juga firman Allah mengenai ahlil kitab bermaksud:

"Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sekumpulan yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya." (Al-Quran surah al-Maidah: 66)

Firman-Nya yang lain bermaksud:

"Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta berasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, ketika mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta berasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, ketika mereka sedang leka bermain-main? Patutkah mereka (bersuka ria) sehingga mereka berasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi." (Al-Quran surah al-A'raf: 97-99)

Al-Alamah Ibnu al-Qayyim berkata yang isinya sebagai berikut:
"Kadang kala Allah mengizinkan bumi pada sebahagian waktu untuk bernafas hingga terjadilah gempa besar yang menimbulkan ketakutan dan kengerian pada hamba-hamba-Nya sehingga mereka kembali kepada Allah dan meninggalkan kemaksiatan, merintih kepada Allah disertai penyesalan. Sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian salaf, "Bumi telah bergoncang, sesungguhnya Tuhan mu telah meminta kamu semua bertaubat". Ketika kota Madinah dilanda gempa, Umar Ibnu al-Khathab berkhutbah dan menasihati penduduknya, dia berkata, "Jika gempa itu kembali (terjadi di Madinah) aku tidak akan membiarkan kamu tinggal di dalamnya."

https://www.facebook.com/video.php?v=807639609303059

Perkataan para salafussaleh mengenai bencana

Yang wajib ketika terjadi gempa atau kejadian alam yang lain seperti gerhana, angin kencang dan banjir adalah segera bertaubat kepada Allah, merintih mengadu kepada-Nya dan meminta keafiatan, perbanyak berzikir kepadanya dan beristighfar (meminta ampun) kepada Allah.

Nabi SAW mengajar doa "Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya." [Hadis riwayat Muslim].:

Di antara sebab keafiatan dan keselamatan dari setiap keburukan adalah kesilapan memimpin menangani pelaku kemungkaran dan menasihati mereka supaya kembali kepada kebenaran, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Al-Quran surah at-Taubah: 71)

Dan firman-Nya lagi yang bermaksud:

"Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; - Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Al-Quran surah al-Haj:40-41)

Firman-Nya yang lain bermaksud:
".....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)[2]. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Al-Quran surah at-Thalaq: 2-3)

Ayat-ayat yang semakna banyak sekali. Nabi SAW bersabda:
"Siapa yang membantu hajat saudaranya, Allah pun akan membantu hajatnya." (Mutafakalaih)

Sabda Nabi SAW yang lain:
"Siapa yang menyelesaikan satu kesulitan mukmin yang lain dari kesulitan-kesulitan dunianya, akan Allah selesaikan kerananya satu kesulitan dari kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Siapa yang melapangkan orang yang kesempitan (membebaskan seluruh hutang fakir miskin atau sebahagiannya) akan Allah mudahkan kesempitannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib muslim yang lain, akan Allah tutup aibnya didunia dan akhirat. Allah senantiasa menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya." [Hadis riwayat Muslim dalam sahihnya]

Hadis-hadis yang semakna banyak sekali.
Allah lah penanggungjawab dalam memperbaiki keadaan seluruh kaum muslimin dan memberi mereka kefahaman dalam agama serta istiqamah di atasnya. Bertaubat kepada-Nya dari segala dosa dan memperbaiki pemimpin kaum muslimin seluruhnya, menolong mereka dalam kebenaran dan meninggalkan kebatilan melalui perantaraan mereka. Memberi mereka  kemampuan untuk berhukum dengan syariat Allah dan menerapkannya kepada hamba-hamba-Nya, melindungi mereka dan seluruh kaum muslimin daripada kesesatan fitnah dan tipu daya syaitan sungguh Dia, Maha Penolong dan mampu atas hal itu.

Selawat dan salam semoga tercurah atas Nabi SAW kita Muhammad SAW, keluarga, sahabatnya dan siapa saja yang mengikuti mereka sampai Hari Kiamat.

Diterjemahkan dari:
Majmu Fataawaa wa Maqolat Munawwa'ah 9/148

Pesan saya:
JANGAN SEBAR FITNAH SEPERTI INI

Thursday, December 11, 2014

TAHNIAH KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA - HARI TERAKHIR DI BERITA HARIAN



PERTAMA: TAHNIAH KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA

KEDUA: Jamuan hebat. Tidak dapat hendak digambarkan perasaan aku apabila hari ini adalah hari terakhir aku sebagai staff Berita Harian selepas bersama akhbar unggul di Malaysia selama 30 tahun.

Hujan lebat di luar pejabat Berita Harian di Jalan Riong, Bangsar tidak terasa bagi 20 staff BH yang menamatkan perkhidmatan secara sukarela. Resah, esakan tangis sudah didengari sejak beberapa hari lalu dimulai dengan mesyuarat mingguan eksekutif pada Selasa lalu.

Hari ini, sekali lagi lebih 100 staff BH yang hadir bersama CEO NSTP, Datuk Azlan Abdullah dan Pengarang Urusan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid, sebak mendengar permulaan ucapan Timbalan Pengarang BH, Badrulhisham Othman, yang bernada sedih.

Air mata aku juga bergenang di kelopak. Ku tahan daripada menitik di atas lantai Berita Harian.

Giliran aku memberi ucapan, aku hanya mengucapkan jutaan terima kasih, memohon maaf dan memberi kata semangat kepada rakan-rakan yang akan ditinggalkan.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, wartawan BH meninggalkan byline.

Apakah pisang akan berbuah,
Yang diasah perah rapuh,
Yang dibilang tidak berjampi,
          Apakah enau akan berubah?,
          Yang patah takan tumbuh?,
           Yang hilang tidak berganti?.

Gambar kurang baik, aku menerima plak kenanagan daripada Datuk Azlan sambil diperhatikan Satuk Abdul Jalil dan Badrulhisham.

Bersama Puan Norhayati Md Said (Pengarang Eksekutif Berita - yang juga akan meninggalkan BH), Norfatimah (bekas eksekutif BH), Badrulhisham, aku, Zainor Said (Pengarang Eksekutif BH2 - juga meninggalkan BH) dan Pengolong Ketua Unit Grafik BH, Yoyo.

Yang akan meninggalkan BH memotong kek dan pulut kuning.

Wednesday, December 10, 2014

APA KISAH BANGANG DAN GAMBAR SERIBU MAKNA, SEJUTA TAFSIRAN



Zamkata:
Sekalipun Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin menyingkirkan saya dari kedudukan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu  pada akhir tahun 1992 dengan mempengaruhi Tun Dr. Mahathir tetapi saya tidak pernah menyimpan rasa dendam  dan marah pada Daim kerana jasanya kepada UMNO dan  negara adalah lebih besar disamping kesilapan dan kelemahannya. 
Saya anggap apa yang berlaku adalah sebagai suatu keharusan dalam pehetongan politik masing-masing termasuk Mahathir sendiri untuk masa depan mereka dan negara.
Baca selanjutnya DI SINI


Saya Kata:
Saya tidak pernah bertugas di bawah Zam, kerana Zam berada di Utusan dan saya di Berita Harian. Saya hanya pernah bertugas di bawah Datuk A Kadir Jasin. Dilatih dan diajar oleh beliau bagaimana untuk menulis dan mencari berita. Datuk A Kadir Jasin orang Kedah (Tanah Merah, Pendang), saya orang Kodiang, jadi tak ada masalah nak cakap utara.

Kalau diperhati pada gambar di atas, hanya empat muka yang saya kenal iaitu Zam, Datuk A Kadir Jasin, Rashid Yusof - saya panggil dia RY - Dia bekas deputy Group Editor NST sebelum ambil MSS beberapa hari lalu. Yang lain, saya ingat muka saja, tapi tak ingat nama.

Dan yang comey lote sebelah Zam tentu semua orang kenal - tauke garam yang kemudian pernah menjadi Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Di kalangan mereka, yang paling saya kenal rapat ialah RY sebab kami sama-sama menjadi stringer (pemberita sambilan) di Alor Setar pada pertengahan 1980-an. RY menulis untuk New Straits Times dan saya untuk Berita Harian. Sama-sama pergi cari story. Banyak story yang dapat dan disiarkan dalam NST dan BH, maka banyaklah claim duit kami bulan itu. Kalau saya dapat tiga story dan RY dapat tiga story kami bertukar-tukar story. Maka saya akan hantar enam story kepada Berita Harian dan RY pun hantar enam story kepada NST.

Dipendekkan cerita RY dan saya kini berjaya memohon MSS iaitu Skim Pemisahan Bersama. Kami akan meninggalkan NSTP secara rasmi pada 15 Disember ini. RY sebelum ini pernah meninggalkan NST kerana 'dipinjamkan' kepada Tun Daim, tetapi kembali semula beberapa tahun lalu. manakala, saya kekal bersama Berita Harian hampir 30 tahun dan akan mengakhiri tugas terakhir sebagai Timbalan Ketua Penyunting, esok, sebelum mula 'off day'.

Selepas ini, saya hanya serah kepada Allah. Mohon Allah mempermudahkan segala urusan buat saya. Begitu juga buat RY, Zam, Kadir Jasin dan Tun Daim

Namun, saya ingin ulang apa Zamkata mengenai gambar itu:

'GAMBAR SERIBU MAKNA, SEJUTA TAFSIRAN'

Anda tafsirlah sendiri kerana saya juga bukan 'BANGANG'

Siapa sebenarnya yang BANGANG

Apa kisah 'bangang' ni?

DI SINI